Pages

Wednesday, March 24, 2010

Sejarah Sekolah


Pada 1936 sebuah sekolah telah didirikan di kampung Bukit Kangkar, Sungai Mati, Muar. Pembinaan sekolah ini atas inisiatif orang-orang kampung yang menggunakan perbelanjaan dan bergotong royong membinanya sendiri. Bangunan ini didirikan menumpang di atas tanah Tuan Haji Abdul Ghani Bin Sulong(Imam Masjid Bukit Kangkar merangkap Timbalan Pengerusi LPS sekolah ini) Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Rakyat Bukit KAngkar, Sungai Mati, Muar.
Pada tahun 1957,sebuah sekolah telah didirikan dengan bantuan kerajaan di atas tanah rizab kerajaan Lot 11173 seluas 4A OR 1.37P Mukim Serom,Muar. Sekolah ini diberi nama Sekolah Umum Bukit Kangkar,Sungai Mati, Muar.
Pada tahun 1958, kedua-dua sekolah ini telah diterima oleh kerajaan untuk dijadikan sekolah bantuan penuh.
Pada tahun 1960 Sekolah Rakyat Bukit Kangkar telah dipindahkan bersebelahan dengan Sekolah Umum Bukit Kangkar. Kedua-dua bangunan ini dibuat daripada kayu,beatap zink dan berlantaikan simen serta tiada bekalan elektrik. Kedua-dua bangunan ini digunakan sepenuhnya sebagai Sekolah Kebangsaan di sebelah pagi dan sekolah agama kerajaan negeri Johor yang menumpang di sebelah petang.
Pada 1.12.1964 sebuah Rumah Guru Kelas G NO.JKR 1289 telah dibina di atas Lot tanah yang sama.
Pada 25.7.1978 permohonan membina bangunan baru sekolah ini telah diluluskan oleh kerajaan dan siap dibina pada awal tahun 1981 dengan perbelanjaan RM182,000.00 di lot tanah yang sama. Bangunan baru ini jelas dua tingkat yang mempunyai 6 bilik darjah, pejabat,stor,bilik guru dan tandas. Kantin dan pagar sekolah juga dibina dengan peruntukan yang sama. Bangunan ini dibekalkan dengan air dan elektrik.
Pada 10.9.1981 Sekolah Kebagsaan Bukit Kangkar telah berpindah ke bangunan baru ini. Walau bagaimanapun bangunan sekolah lam masih digunakan.
Pada tahun 1992 sebuah daripada bangunan lama telah diberi peruntukan untuk dibaik pulih. Pada bulan Disember 1992 ia siap digunakan dan dijadikan perpustakaan dan bilik Kemahiran Hidup. Bangunan ini turut diberi bekalan elektrik.
Pada Disember 1993 sebuah lagi bangunan lama telah digunakan semual untuk menempatkan bilik kelas pemulihan yang mula diperkenalkan di sekolah ini.
Pada tahun 1994 pihak sekolah telah memohon peruntukan membaik pulih bangunan lama ini untuk menampung pertambahan kegunaan bilik di sekolah ini pada masa hadapan. Bangunan tersebut telah dibaik pulih dan masih digunakan sehinnga hari ini.
Pada awal tahun 1998 sebuah lagi bangunan 4 tingkat telah didirikan dan bangunan tersebut mula siap pada pertengahan tahun 1999. Bangunan ini digunakan pada awal tahun 2000.


Senarai Guru Besar

1) Encik Muhammad Bin Sagap (Jan 1936 - Disember 1951 )
2) Encik Ahmad Bin Jaafar (Jan 1952 - Jun 1952 )
3) Encik Shari Bin Hj. Bahari (Julai 1955 - Disember 1957 )
4) Encik Ismail Bin Hj. Md. Rasip (Jan 1958 - Jan 1981 )
5) Encik A. Bakar Bin Wahad (Feb 1981 - Disember 1987 )
6) Encik Mohd. seran Bin Kasbi (Jan 1988 - Mac 1997 )
7) Tuan Hj. Hassan Bin Hj. Ayub (Apr 1989 - Mei 1997 )
8) Puan Hawa Binti Dumun (Jun 1997 - Mac 2002 )
9) Pn. Hjh Zuraidah Bt. Rohsah (Ogos 2002 - Dec 2010 )
10)Pn. Hjh. Jamilia Bt. Hj. Jalal ( Jan 2011 - Ogos 2011 )

No comments:

Post a Comment