Pages

Thursday, April 8, 2010

Pusat Sumber Sekolah SK Bukit Kangkar


Pusat Sumber Sekolah SK Bukit Kangkar merupakan pusat akademik yang penting bagi sekolah ini. Sebagai gedung ilmu ianya amat berguna bagi semua murid dan guru serta warga sekolah SK Bukit Kangkar ini. Selain dari tempat membuat rujukan, Pusat Sumber sekolah ini juga mempunyai pelbagai fungsi perkhidmatan yang dapat menyediakan berbagai kemudahan untuk membantu pengguna-pengguna pusat sumber sekolah dalam proses pelajaran dan pengajaran.

Matlamat utama Pusat Sumber Sekolah ini adalah untuk menyediakan koleksi mencukupi dan memberikan perkhidmatan nmaklumat yang cekap dan berkualiti kepada pengguna-pengguna. Sehubungan dengan itu pihak pengurusan Pusat Sumber SK Bukit Kangkar berharap agar segala aktiviti yang dijalankan dapat kerjasam dari semua pihak bagi membolehkan ia berjalan dengan lancar dan jayanya. Pengguna Pusat Sumber SK Bukit Kangkar juga diharap dapat memberikan kerjasama dan berbincang dengan Guru perpustakaan/AJK dalam menyelesaikan sebarang masalah khususnya semasa menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Sumber sekolah di samping saling membantu meningkatkan prestasi serta perkembangan Pusat Sumber SK Bukit Kangkar secara positif.

Objektif Pusat Sumber SK Bukit Kangkar ialah sebagai pusat pusat akademik dan gedung ilmu yang berguna kepada warga SK Bukit Kangkar.

Wednesday, March 24, 2010

Sejarah Sekolah


Pada 1936 sebuah sekolah telah didirikan di kampung Bukit Kangkar, Sungai Mati, Muar. Pembinaan sekolah ini atas inisiatif orang-orang kampung yang menggunakan perbelanjaan dan bergotong royong membinanya sendiri. Bangunan ini didirikan menumpang di atas tanah Tuan Haji Abdul Ghani Bin Sulong(Imam Masjid Bukit Kangkar merangkap Timbalan Pengerusi LPS sekolah ini) Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Rakyat Bukit KAngkar, Sungai Mati, Muar.
Pada tahun 1957,sebuah sekolah telah didirikan dengan bantuan kerajaan di atas tanah rizab kerajaan Lot 11173 seluas 4A OR 1.37P Mukim Serom,Muar. Sekolah ini diberi nama Sekolah Umum Bukit Kangkar,Sungai Mati, Muar.
Pada tahun 1958, kedua-dua sekolah ini telah diterima oleh kerajaan untuk dijadikan sekolah bantuan penuh.
Pada tahun 1960 Sekolah Rakyat Bukit Kangkar telah dipindahkan bersebelahan dengan Sekolah Umum Bukit Kangkar. Kedua-dua bangunan ini dibuat daripada kayu,beatap zink dan berlantaikan simen serta tiada bekalan elektrik. Kedua-dua bangunan ini digunakan sepenuhnya sebagai Sekolah Kebangsaan di sebelah pagi dan sekolah agama kerajaan negeri Johor yang menumpang di sebelah petang.
Pada 1.12.1964 sebuah Rumah Guru Kelas G NO.JKR 1289 telah dibina di atas Lot tanah yang sama.
Pada 25.7.1978 permohonan membina bangunan baru sekolah ini telah diluluskan oleh kerajaan dan siap dibina pada awal tahun 1981 dengan perbelanjaan RM182,000.00 di lot tanah yang sama. Bangunan baru ini jelas dua tingkat yang mempunyai 6 bilik darjah, pejabat,stor,bilik guru dan tandas. Kantin dan pagar sekolah juga dibina dengan peruntukan yang sama. Bangunan ini dibekalkan dengan air dan elektrik.
Pada 10.9.1981 Sekolah Kebagsaan Bukit Kangkar telah berpindah ke bangunan baru ini. Walau bagaimanapun bangunan sekolah lam masih digunakan.
Pada tahun 1992 sebuah daripada bangunan lama telah diberi peruntukan untuk dibaik pulih. Pada bulan Disember 1992 ia siap digunakan dan dijadikan perpustakaan dan bilik Kemahiran Hidup. Bangunan ini turut diberi bekalan elektrik.
Pada Disember 1993 sebuah lagi bangunan lama telah digunakan semual untuk menempatkan bilik kelas pemulihan yang mula diperkenalkan di sekolah ini.
Pada tahun 1994 pihak sekolah telah memohon peruntukan membaik pulih bangunan lama ini untuk menampung pertambahan kegunaan bilik di sekolah ini pada masa hadapan. Bangunan tersebut telah dibaik pulih dan masih digunakan sehinnga hari ini.
Pada awal tahun 1998 sebuah lagi bangunan 4 tingkat telah didirikan dan bangunan tersebut mula siap pada pertengahan tahun 1999. Bangunan ini digunakan pada awal tahun 2000.


Senarai Guru Besar

1) Encik Muhammad Bin Sagap (Jan 1936 - Disember 1951 )
2) Encik Ahmad Bin Jaafar (Jan 1952 - Jun 1952 )
3) Encik Shari Bin Hj. Bahari (Julai 1955 - Disember 1957 )
4) Encik Ismail Bin Hj. Md. Rasip (Jan 1958 - Jan 1981 )
5) Encik A. Bakar Bin Wahad (Feb 1981 - Disember 1987 )
6) Encik Mohd. seran Bin Kasbi (Jan 1988 - Mac 1997 )
7) Tuan Hj. Hassan Bin Hj. Ayub (Apr 1989 - Mei 1997 )
8) Puan Hawa Binti Dumun (Jun 1997 - Mac 2002 )
9) Pn. Hjh Zuraidah Bt. Rohsah (Ogos 2002 - Dec 2010 )
10)Pn. Hjh. Jamilia Bt. Hj. Jalal ( Jan 2011 - Ogos 2011 )

Tuesday, March 23, 2010

Pengasas sekolah


Seorang penduduk kampung Bukit Kangkar dikenali sebagai pengasas penubuhan Sekolah Bukit Kangkar. Beliau ialah Encik Jantan Bin Long.Beliau dilahirkan pada tahun 1919 di Batu 8 Jalan Bukit Kangkar,sungai mati dan merupakan anak jati kampung ini.Sewaktu kecil beliau menerima pendidikan hingga setakat darjah tiga sahaja. Beliau terpaksa berhenti kerana kesempitan hidup dan kesukaran untuk melanjutkan pelajaran ke Bandar Muar.Beliau berkahwin kali pertama pada tahun 1932 dan dikurniakan 8 orang anak. Apabila kematian isterinya beliau berkahwin lagi dan dikurniakan 4 orang anak. Di kampung, beliau berkerja sendiri dan kemudiannya telah dilantik menjadi ketua kampung. Atas kesedaran beliau melihat kesusahan anak-anak buahnya yang terpaksa menghantar anak masing-masing ke Sungai Idus, Sungai Mati untuk bersekolah, beliau berusaha dengan gigih untuk mewujudkan sebuah sekolah di kampung ini.Dengan sokongan padu penduduk kampung akhirnya terbinanya sebuah bangunan berdinding separuh papan dan beratapkan zink sepanjang 50 kaki untuk dijadikan Sekolah Rakyat Bukit Kangkar.Beliau juga berhubung sendiri dengan pejabat Pendidikan Derah Muar ketika itu mencari guru-guru yang akan menhajar di sekolah ini. Gaji guru-guru diusahakan sendiri oleh penduduk kampung.Anak-anak beliau yang berlulusan Universiti, bekerja denagn kerajaan dan sebagai surirumah. Pada masa ini anak beliau yang sulung bernama Tuan Haji Abd Aziz Bin Jantan telah mewarisi tugas beliau sebagai ketua kampung dan pada ketika itu juga merupakan Pengerusi PIBG sekolah ini.Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbagan beliau terhadap penubuhan sekolah ini.