Pages

Tuesday, March 23, 2010

Pengasas sekolah


Seorang penduduk kampung Bukit Kangkar dikenali sebagai pengasas penubuhan Sekolah Bukit Kangkar. Beliau ialah Encik Jantan Bin Long.Beliau dilahirkan pada tahun 1919 di Batu 8 Jalan Bukit Kangkar,sungai mati dan merupakan anak jati kampung ini.Sewaktu kecil beliau menerima pendidikan hingga setakat darjah tiga sahaja. Beliau terpaksa berhenti kerana kesempitan hidup dan kesukaran untuk melanjutkan pelajaran ke Bandar Muar.Beliau berkahwin kali pertama pada tahun 1932 dan dikurniakan 8 orang anak. Apabila kematian isterinya beliau berkahwin lagi dan dikurniakan 4 orang anak. Di kampung, beliau berkerja sendiri dan kemudiannya telah dilantik menjadi ketua kampung. Atas kesedaran beliau melihat kesusahan anak-anak buahnya yang terpaksa menghantar anak masing-masing ke Sungai Idus, Sungai Mati untuk bersekolah, beliau berusaha dengan gigih untuk mewujudkan sebuah sekolah di kampung ini.Dengan sokongan padu penduduk kampung akhirnya terbinanya sebuah bangunan berdinding separuh papan dan beratapkan zink sepanjang 50 kaki untuk dijadikan Sekolah Rakyat Bukit Kangkar.Beliau juga berhubung sendiri dengan pejabat Pendidikan Derah Muar ketika itu mencari guru-guru yang akan menhajar di sekolah ini. Gaji guru-guru diusahakan sendiri oleh penduduk kampung.Anak-anak beliau yang berlulusan Universiti, bekerja denagn kerajaan dan sebagai surirumah. Pada masa ini anak beliau yang sulung bernama Tuan Haji Abd Aziz Bin Jantan telah mewarisi tugas beliau sebagai ketua kampung dan pada ketika itu juga merupakan Pengerusi PIBG sekolah ini.Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbagan beliau terhadap penubuhan sekolah ini.

No comments:

Post a Comment